Laman

Selasa, 13 Maret 2012

Fiqih Ibadah

Hidup manusia dibumi ini bukanlah suatu kehidupan yang tidak mempunyai tujuan dan bukanlah mereka boleh melakukan sesuatu mengikut kehendak perasaan dan keinginan tanpa ada batas dan tanggungjawab. Akan tetapi penciptaan makhluk manusia di bumi ini adalah mempunyai suatu tujuan dan tugas risalah yang telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah Tuhan yang telah menciptakannya.
Tugas dan tanggungjawab manusia sebenarnya telah nyata dan begitu jelas sebagaimana terkandung di dalam al-Quran, yaitu tugas melaksanakan ibadah, mengabdikan diri kepada Allah dan tugas sebagai khalifah-Nya dalam makna mentadbir dan mengurus bumi ini mengikut undang-undang Allah dan peraturan- Nya. Firman Allah SWT dalam al-Quran surat Az-Zariyaat ayat 56 yang maksudnya sebagai berikut:
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (beribadah) kepada-Ku”. (Q.S. Az-Zariyaat: 56)

Dalam surat Al-An’aam ayat 165 Allah SWT berfirman:§
“Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Q.S. Al-An'aam: 165)

Adapun tugas sebagai khalifah Allah ialah memakmurkan bumi ini dengan mentadbirkan serta mengurusnya dengan peraturan dan undang-undang Allah. Tugas beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah dalam rangka melaksanakan segala aktivititas pengurusan bumi ini yang tidak keluar dari garis panduan yang datang dari Allah SWT dan dikerjakan segala kegiatan pengurusan itu dengan perasaan ikhlas kerana mencari kebahagian dunia dan akhirat serta keridhaan Allah SWT.
Allah telah menyediakan garis panduan yang lurus dan tepat kepada manusia dalam rangka pengurusan bumi ini. Allah dengan rasa kasih sayang yang bersangatan kepada manusia diturunkannya para rasul dan bersamanya garis panduan yang diwahyukan dengan tujuan supaya manusia itu boleh mengurus diri mereka dengan pengurusan yang lebih sempurna dan bertujuan supaya manusia itu dapat hidup sejahtera dunia dan akhirat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar